TATABAHASA




PENGENALAN TATABAHASA

Tatabahasa adalah bidang yang menumpukan kepada pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa (Nik Safiah Karim & Norlidza Shamsudin, 2008). Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya.
Menurut Noam Chomsky, seorang ahli bahasa, tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu kumpulan sistem yang harus dipatuhi oleh pengguna bahasa sesuatu bahasa itu, dan ia menjadi dasar untuk melahirkan asperasi bahasa yang baik dan indah, serta menjamin kemantapan bahasa sesuatu bahasa. Menurut Chomsky lagi, tatabahasa berfungsi dalam memisahkan bentuk-bentuk bahasa yang gramatis, daripada yang tidak gramatis. Tatabahasa berperanan untuk menghuraikan pemilihan pengguna bahasa itu untuk membina ayat-ayat yang baik. Oleh itu, dapatlah dinyatakan bahawa ia merupakan dasar yang menjadi pedoman dan pegangan dalam menentukan betul atau salah sesuatu bentuk bahasa pertuturan atau penulisan yang dihasilkan.

Menurut Robin (1971:172) pula menyatakan bahawa tatabahasa merupakan suatu yang menitik beratkan struktur uturan pertuturan atau penulisan dan dengan penggolongan serta pengkelasan unsur-unsur pertuturan yang berulang-ulang berdasarkan rumus-rumusnya.

Bagi A.Koutsaudas (1969:1) tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu alat yang menggunakan untuk menghasilkan ayat-ayat yang betul yang tidak terbatas jumlahnya dalam sesuatu  bahasa dan tidak ada satupun yang salah.

Menurut  Tatabahasa Dewan, aspek tatabahasa menyentuh kepada dua sudut, iaitu melibatkan cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan cara perkataan disusun menjadi ayat. Huraian di peringkat perkataan disebut morfologi, manakala huraian di peringkat ayat disebut sintaksis.
Dapat dirumuskan bahawa tatabahasa merupakan suatu teori bahasa yang harus disusun dengan tepat, lengkap, dan mudah difahami. Ianya dapat dihuraikan dengan jelas tentang kebolehan bahasa disusun dan digunakan oleh penutur natif sesuatu bahasa. Tatabahasa sesuatu bahasa itu mengandungi tiga bidang utama, iaitu sintaksis, semantik dan fonologi. Tatabahasa menjadi suatu dasar dalam menyusun sesuatu ayat dengan betul.
            Tatabahasa juga boleh dilihat sebagai teori tentang peraturan yang menghuraikan ayat-ayat dalam sesuatu bahasa dengan kaedah yang paling mudah, tepat, dan lengkap. Tinjauan dalam bidang tatabahasa dilakukan dalam dua segi iaitu dari segi cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa (morfologi) dari segi  perkataan-perkataan disusun menjadi ayat (sintaksis).



KATA NAMA

Kata Nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama, dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep. Sebagai contoh, berikut ini dikemukakan beberapa binaan frasa nama yang menunjukkan kedudukan kata nama sebagai inti frasa nama dan perkataan –perkataan lain sebagai penentu atau penerangnya.
 Penggolongan Kata Nama
Golongan kata nama boleh dikelompokkan berdasarkan ciri-ciri makna perkataan kepada tiga kumpulan iaitu:
1)     Kata Nama Am.
2)   Kata Nama Khas.
3)    Kata Ganti Nama.

Kata Nama Am

1)Kata nama am  digunakan untuk menyebut sesuatu seperti manusia , haiwan, benda, tumbuh- tumbuhan dan tempat.
2) Contoh kata nama am adalah seperti berikut:-

Manusia
nelayan,guru, mak, ayah, kakak, adik,polis, doktor .

Tumbuh- tumbuhan
kubis, cili,pokok mangga, pokok kelapa, pokok pisang, manggis  .

Benda
meja,kerusi, pemadam, beg, baju, kasut, bola, pensel, cawan, gelas, buku.

Haiwan

gajah, ikan, ayam, ular, tikus, kura- kura, katak, harimau , burung.

Tempat

hospital, kedai,rumah,balai bomba, pejabat, pasar raya, tasik, sekolah,taman, sawah.


Contoh Soalan

Isi tempat kosong dengan kata nama  am yang betul .

1, Azlina bermain  __________di padang.

A . bola
B   guli


2. Aziq memotong   jambu batu menggunakan ___________________.

A  gunting
B  pisau


3. Murid  kelas 1 Terbilang  mengibarkan ________________Jalur Gemilang.

A langsir

B bendera


Kata Nama Khas

1. Kata Nama Khas  digunakan untuk menyebut sesuatu seperti manusia, haiwan, benda , tumbuh-tumbuhan  dan tempat secara khusus.
2. Kata Nama Khas  ditulis dengan huruf besar.
3. Contoh kata Nama khas adalah seperti yang berikut :-


A) Manusia

Doktor Ali, Puan Zainab, Cikgu Puspa, Awie, Encik Lim.


B)  Haiwan

Sang Buaya, Comot, Tomok, Sang Siput, Si Putih, Sang Gagak , Pak Belalang.


C)  Benda

Adidas, Bata, Rolex, Hitachi, Wira, Persona, Sharp, National, Inspira, Naza Ria .


D)  Tempat

Lenggong, Lumut, Seri Manjung, Tanjong Malim  , Sitiawan ,Kuala Kangsar, Ipoh,
Muzium Taiping, Zoo Taiping,Menara Berkembar Petronas, Perak, Johor.


Contoh Soalan

Garisi kata Nama Khas  dalam ayat- ayat dibawah .

1.  Ibu berasal dari Lenggong.

2.  Ayah orang Johor.

3. Ibu membeli baju jenama Adidas dan menghadiahkan kepada ayah.

4. Ibu  bekerja sebagai guru di  Sek. Keb. Kpg Dato' Seri Kamaruddin Seri Manjung Perak.

5. Ibu suka berkelah di Teluk Batik  dan Pulau Pangkor.

6. Ayah bekerja di Lumut.

7. Ibu suka pakai jam jenama Rolex.


8. Saya pakai kasut jenama Bata  ke sekolah.


Kata Kerja (KK)

Kata kerja ialah kata yang menerangkan perbuatan atau kelakuan yang dilakukan oleh pembuat ke atas sesuatu perkara.
 Contoh: makan, minum, tidur, berdiri dll
Kata kerja terbahagi kepada 2 jenis:
1)      Kata kerja transitif (KKT) ialah kata kerja yang perlu kepada objek.
*perhatian : KK jenis ini biasa didahulukan dengan imbuhan “ me_” seperti membaca
Contoh:           -    Ibu membeli ikan.
-          Muhammad minum susu.
Kata kerja transitif terbahagi kepada 2 bahagian:
1.1  kata kerja transitif aktif (KKTA) adalah bentuk ayat yang fokus pada subjek dan berimbuhan men_, men_i, men_kan, memper_, memper_i & memper_kan.
Formula:    Subjek + Kata Kerja + Objek (S+KK+Ob)
Contoh :    Saya makan pizza.
                  Atan mendengar radio.
1.2  kata kerja transitif pasif (KKTP) adalah bentuk ayat yang fokus pada objek dan berimbuhan di_.
Formula:    Objek + di(Kata Kerja) + Oleh + Kata Nama/Kata Ganti Nama diri 3
Objek + Kata Nama/Kata Ganti Nama diri 1,2 + Kata Kerja
                  Contoh :    Pizza itu dimakan oleh mereka.
                                    Sayur itu dijual oleh seorang perempuan.
                                    Surat itu sedang ditulis oleh bapa.
                                    Ikan itu saya beli.
                                    Radio itu didengar Atan.
2)      Kata kerja tak transitif (KKTT) ialah kata kerja yang tidak perlu kepada objek. Namun terkadang perlu kepada pelengkap kadang tidak perlu.
2.1 Kata kerja tak transitif berpelengkap
Contoh: Kami mandi di tasik.
                        Dia senyum semasa berjalan.
                        Air sungai beransur surut.
                         Demamnya beransur baik
2.2 Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
                        Contoh: Rumahnya roboh.
                                    Radio itu berbunyi.
                                    Ali sedang tidur.



Kata Sendi Nama
Kata sendi nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dan ayat. Kata sendi nama terletak di hadapan kata nama atau frasa nama. 
FUNGSI
KATA SENDI NAMA
Arah
kepada
pada
dari
ke
Tempat
dari
di
ke
Perbandingan
daripada
terhadap
bagai
seperti
tentang
Tujuan
untuk , bagi, demi,   
Waktu/Masa
pada
dari
ke
hingga
sejak
Bersama-sama
dengan




ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น

HALAMAN UTAMA

Marilah sama-sama kita memartabatkan  Bahasa Melayu demi kemajuan negara Maklumat Peribadi