SYAIR
JOM, MASUK DARUSSALAM
Darussalam sekolah kita
Marilah Daftar belajar bersama
Pakaian indah mengikut agama
Guru-guru sangat mulia
Sekolah ini sangat besar
Di sini juga ramai pelajar
Semua guru rajin mengajar
Muruid pula rajin belajar
Sekolah itu rumah kedua
Tempat mendidik perangai manusia
Guru murid sentiasa gembira
Marilah bersama di Darussalam tercinta
(Ku Asisah Yusof & teman2 1M/17.62)
BELAJAR
Hari ini hari pertama
Semua pelajar akan berjumpa
Marilah kita belajar agama
semua orang bersuka ria
Selesai sudah penggal pertama
Menjelang pula penggal kedua
Marila teman sentiasa membaca
Agar hidup kita akan berjaya
(Solihah Salaeh & teman2 1M/9 61)
NASIHAT TEMAN
Dengarlah naihat teman sejati
sebagai pedoman di suatu hari
Ibu dan Ayah hendaklah dihormati
Supaya bahagia juga disanjungi
Apabila sudah dewasa
Budi orang tua jangan kaulupa
Membesarkan kita hingga dewasa
Agar menjadi manusia berguna
(Fateemah Musa & teman2 1M/9.61)
MENCARI ILMU
Sekolah Darussalam sekolah aku
Tempat belajar mencari ilmu
Dunia akhirat sangatlah perlu
supaya ummat bersatu padu
sekolah maju tempat berilmu
Marilah kita mencari guru
Apabila berilmu kita pun maju
Senanglah jua ibu bapa ku
(wasila pi & teman2 1M/9/61)
ILMU
Ilmu itu suatu harta
Gunanya besar sudahlah nyata
lamun ia tidak serta
Gelaplah kita seperti bta
Guna ilmu tiada setara
Di laut di darat dan segala perkara
kerja yang sukar dapat di segera
masalah rumit dapat dibicara
(Murni Suro & teman2 1M/9.61)
KAMPUNG SAYA
Kampung saya kampung mulia
Kanak-kanak bersuka ria
Ahli ka,pung ramai kaya
Mereka itu suka bergaya
Kaya harta takkan sama kaya hati
kerana mereka suka memberi
Saya suka bermukim di sini
itulah Pohon Jetik yang dicintai
(Aedah Aming & teman2 1M/10.61)
DARUSSALAM
Darussalam terletak di Bukit Sami
Sebelum masuk sangat sedih hati
Saya berjumpa sahabat sejati
Itulah yang saya tercari-cari
Tuhan jagakan dia
Dia adalah kekasih semua
Itulah sahabat yang baiknya
Sahabat yang tak akan terlupa
(Hilwani Yusof & teman2 1M/10.61)
Sekolah Darussalam sekolah aku
Tempat belajar mencari ilmu
Dunia akhirat sangatlah perlu
supaya ummat bersatu padu
sekolah maju tempat berilmu
Marilah kita mencari guru
Apabila berilmu kita pun maju
Senanglah jua ibu bapa ku
(wasila pi & teman2 1M/9/61)
ILMU
Ilmu itu suatu harta
Gunanya besar sudahlah nyata
lamun ia tidak serta
Gelaplah kita seperti bta
Guna ilmu tiada setara
Di laut di darat dan segala perkara
kerja yang sukar dapat di segera
masalah rumit dapat dibicara
(Murni Suro & teman2 1M/9.61)
KAMPUNG SAYA
Kampung saya kampung mulia
Kanak-kanak bersuka ria
Ahli ka,pung ramai kaya
Mereka itu suka bergaya
Kaya harta takkan sama kaya hati
kerana mereka suka memberi
Saya suka bermukim di sini
itulah Pohon Jetik yang dicintai
(Aedah Aming & teman2 1M/10.61)
DARUSSALAM
Darussalam terletak di Bukit Sami
Sebelum masuk sangat sedih hati
Saya berjumpa sahabat sejati
Itulah yang saya tercari-cari
Tuhan jagakan dia
Dia adalah kekasih semua
Itulah sahabat yang baiknya
Sahabat yang tak akan terlupa
(Hilwani Yusof & teman2 1M/10.61)
ไม่มีความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น